Gelanggang
Kini Dibuka
Inilah pentas untuk generasi baharu menampilkan bakat, kreativiti dan kecintaan terhadap warisan seni Malaysia!
Setelah julung kali dianjurkan pada Februari 2025 di MATIC, Kuala Lumpur, Gema Pekik Palu kini kembali sebagai gelanggang untuk anda menyerlahkan bakat dan berkongsi kehebatan seni tradisi Malaysia di hadapan umum.
Tahun ini, pertandingan dibuka kepada 3 kategori mengikut umur. Lebih menarik, setiap peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong!
🏆 Trofi
💰 Wang tunai
📜 Sijil penyertaan
Pasti akan dibawa pulang!
Sama ada anda berbakat dalam tarian, nyanyian, permainan alat muzik atau persembahan kesenian tradisi Malaysia, solo atau berkumpulan, inilah masanya untuk tampil ke hadapan dan buktikan bakat anda!
PERTANDINGAN AKHIR
Tarikh: 5 September 2026
Waktu: 1pm
Lokasi: The Campus, Ampang
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pentas Gema Pekik Palu!
Maklumat lanjut mengenai syarat dan penyertaan bagi setiap kategori boleh didapati melalui pautan di bawah.
Penyertaan adalah PERCUMA!
Tarikh tutup penyertaan dalam talian: 26 Ogos 2026 (sebelum 12 tengah hari)
Peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir akan diumumkan melalui media sosial rasmi kami (IG: @pekikmy) pada 28 Ogos 2026.
Gelanggang kini dibuka. Ayuh tunjukkan bakat anda dan gegarkan pentas akhir nanti!